Tidak dinafikan kemenangan ahli parlimen muda, Yang Berhormat Syed Saddiq dalam pilihanraya baru-baru ini ternyata mempunyai impaknya sendiri. Selain dari gadis-gadis yang begitu teruja dengan kekacakan yang dimiliki Saddiq, para selebriti juga tampil menyatakan sokongan mereka pada ahli parlimen Muar ini.

Emma Mengaku Sudah Lama Mengenali Syed Saddiq

Terbaru, pelakon Emma Maembong telah memuat naik gambar dia kelihatan bersama Saddiq dan turut mengucapkan tahniah atas kemenangannya itu. Dek kerana gambar tersebut, netizen membuat spekulasi dengan mengandaikan bahawa Emma cuba menggoda Saddiq. Namun begitu, pelakon ini menerusi Astro Awani, menepis dakwaan berkenaan kerana mereka saling mengenali sebelum Saddiq bergelar ahli parlimen.

“Sebenarnya, sudah lebih dua tahun saya mengenali Saddiq, sebelum dia bergelar Ahli Parlimen lagi. Dia pernah menghadiri beberapa acara yang saya anjurkan, bahkan dia juga pernah hadir ke majlis tayangan filem lakonan saya, Kimchi Untuk Awak. Ada orang dakwa saya cuba nak ‘try’ Saddiq selepas saya memuat naik sebuah video boomerang bersamanya di laman Instagram sempena kemenangan Saddiq di Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari.

Tak ada istilah ‘try’ pun. Periksa semula laman Instagram saya dan semuanya boleh dilihat sendiri. Dari dulu lagi saya pernah memuat naik foto bersama Saddiq kerana kami memang berkawan, tetapi mungkin pada masa itu tiada sebarang isu kerana Saddiq tidak popular seperti sekarang,”

Netizen Mula Menyampah Dengan Emma

Dalam perkemnbangan lain, di Twitter kebanyakan netizen dikatakan mula menyampah dengan sikap Emma yang kononnya hanya mendekati lelaki yang kaya sahaja. Malah ada juga yang berasa simpati dengan Kamal Adli yang sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan Emma namun pengakhirnya Emma hanya menganggap Kamal hanya sebagai seorang kawan sahaja.

BACA  [GAMBAR] Abang Syed Saddiq Jadi Perhatian Kerana Persis Seperti Model!

Apa pendapat anda? Mungkin kerana orang sekeliling Emma merupakan orang yang ‘berada’ membuatkan Emma turut terpalit dengan kontroversi ini.

Artikel SebelumnyaErma Fatima Sangsi Dengan Kerajaan Pakatan Harapan
Artikel SeterusnyaSepakat Bercerai! Ini Kronologi Rumah Tangga Nazim Othman & Bella
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress