Bulan ramadan kita seharusnya digalakkan untuk menjadi antara yang terbaik. Malah kebanyakan selebriti juga mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia hiburan kerana ingin memfokuskan pada bulan ramadan.

Namun begitu, tirai bulan yang mulia ini dikatakan seperti sudah dicemari dengan budaya dan contoh yang tidak elok yang ditunjukkan oleh seorang pengamal media sosial terkenal yang dikenali sebagai Faiz Roslan.

Faiz Roslan ‘Jadi Perempuan’ Lagi

Terdahulu, kami di Hangat.com pernah menulis mengenai Faiz dimana dia telah ditegur oleh penyanyi Hafiz Hamidun secara terbuka yang meminta agar Faiz berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Namun begitu, dia seolah-olah mengabaikan nasihat tersebut dan kini sekali lagi tampil mempamerkan aksinya yang membuat parodi lagu yang sedang tular, Lagi Syantik nyanyian penyanyi dari negara seberang, Siti Badriah. Malah aksi tersebut juga kelihatan agak keterlaluan untuk ditonjolkan apatah umat Islam kini sedang menyambut bulan Ramadan.

Da’i Wan Dazrin Beri Amaran Terakhir

Dalam perkembangan lain, video tersebut turut mendapat reaksi dari pendakwah muda, Da’i Wan Dazrin dimana dia menyatakan kekecewaanya pada Faiz setelah menonton video itu di Instagram. Menyedari video seumpama itu, dia turut menegur Faiz kerana perbuatannya itu seperti mencemarkan bulan ramadan apatah lagi menggunakan #NerakaIsBack #MohonKecam yang dilihat seperti tidak kisah dengan kecaman yang diterima kelak.

Tambah pendakwah ini juga, dia sama sekali tidak akan teragak-agak untuk menegur Faiz secara terbuka sekiranya tidak masih berkeras untuk memuatnaik video tersebut di Instagram nya. Hasil tinjauan kami pada akaun Instagram milik Faiz, video dan gambar-gambar tersebut masih lagi ada namun kapsyen telah pun ditukar.

BACA  Akhirnya! Da'i Wan Bersemuka Dengan Faiz Roslan Jelaskan Perkara Sebenar

Faiz Sengaja Mahu Dikecam?

Di insta-story Faiz juga, dia dilihat telah menjelaskan beberapa perkara mengenai videonya itu. Seperti sengaja mahu dikecam, dia walaubagaimanapun seperti sedia maklum dengan video yang makin tular itu.

Mengenai teguran dari  Da’i Wan pula, menurut Faiz dia dikatakan sudah memberi maklum balas padanya. Mungkin ada benarnya seperti yang diperkatakan oleh Da’i Wan, jika mahu memuatnaik video seumpama itu sekalipun, mungkin selepas ramadan lebih sesuai atau sudah tidak lagi relevan?