Disebalik popularitinya siapa sangka selama ni pelakon bollywood terkenal, Aishwarya Rai Bachchan tidak mempunyai akaun Instagram. Jika anda sudah ikut pelakon ini di Instagram sebelum ini bermakna anda telah mengikuti akaun yang palsu.

Akhirnya Wujudkan Akaun Instagram

Namun begitu, anda boleh mengikuti perkembangan Aishwarya yang terkini kerana dia baru sahaja wujudkan akaun tersebut seminggu yang lalu. Menariknya lagi, sehingga ke hari ini pengikut di akaunnya itu telah mencecah 3 juta pengikut dengan menggunakan nama @aishwaryaraibachchan_arb. Jika anda perhatikan, dia juga langsung tidak mengikuti sesiapa pun di Instagram! Baik suami, Abhishek Bachchan mahupun ahli keluarganya yang terkenal.

BACA  Di Usia 44 Tahun, 10 Wajah Aishwarya Rai Seperti Tak Dimamah Usia

Dibuka Sempena Festival Filem Cannes

Pasti ramai yang tertanya mengapa baru sekarang bintang Bollywood ini membuka akaun Instagram. Menurut laporan negara itu, Aishwarya mewujudkan akaunya sendiri sempena dengan 17 tahun Festival Filem Cannes. Malah kesahihahan akaun itu telah disahkan sendiri oleh pengurusnya.

“Pengurusan aktres itu mengesahkan bahawa ia adalah akaun rasmi, biarpun belum mendapat pengesahan daripada pihak Instagram. Akaun tersebut dibuat sempena 17 tahun Festival Filem Cannes yang dihadirinya pada Sabtu lalu,”

Sumber: Timesnow

Artikel Sebelumnya‘Jijik & Tertipu’- Chef Wan Kutuk Isu Rampasan Barang Mewah Milik Najib
Artikel SeterusnyaSelepas Captain Marvel, Watak Superhero Muslim Pertama Bakal Diterbitkan!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress