Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitulah yang boleh digambarkan oleh perasaan kami di Hangat.com apabila melihat nasib yang menimpa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tewas kali pertama Barisan Nasional semasa PRU14 yang lalu.

Selain telah disenarai hitam untuk ke luar negara,  pihak polis  juga telah menyerbu ke kediamannya untuk mengambil bahan bukti serta dokumen berkaitan siasatan pihak berkuasa ke atas Najib.

BACA  Dipanggil 'Syaitan'! Faizal Tahir Bengang Dengan Alif Satar

“Doa Saya Sentiasa Bersama DS Najib”- Faizal Tahir

Mungkin simpati dengan nasib yang melanda Najib, penyanyi dan komposer Faizal Tahir telah memberi komen kata-kata semangat kepada Najib menerusi foto yang dimuat naik Najib semalam.

“Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu. Terdapat kebaikan dalam semua orang. dan ada kebaikan dalam diri anda untuk semua orang. Kita semua memerlukan masa rehat untuk menilai dan merenungkan kehidupan kita.”

“Kita semua harus ingat bahawa tiada siapa yang sempurna, terutama saya, dan Allah sentiasa menunggu untuk memaafkan kita. Pada penghujung hari nanti, anda tidak ada apa-apa tanpa Allah. Doa saya bersama anda. Moga dikurniakan hidayat dan aafiyah.”

Walaubagaimanapun, Hangat.com bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Faizal, mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini. Semoga Allah kurniakan padanya ketenangan, kekuatan dan hidayah dari-Nya dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak. Selamat berpuasa Dato Seri Najib Razak!

BACA  Chef Wan Kesal & Bengang Lihat Anak Najib di World Cup
Artikel SebelumnyaSepakat Bercerai! Ini Kronologi Rumah Tangga Nazim Othman & Bella
Artikel SeterusnyaFaiz Roslan Buat Hal Lagi! Da’i Wan Dazrin Beri Amaran Terakhir
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.