Rasanya selepas melihat post-credit filem Avengers : Infinity War pasti ramai yang teruja untuk melihat kemunculan Captain Marvel. Apatah lagi melihatkan pada lambang miliknya pada filem itu sekaligus melengkapkan kesinambungan filem Marvel yang seterusnya selepas filem Antman and The Wasp pada Julai ini.

Kemunculan Watak Superhero Muslim Pertama Marvel

Dalam perkembangan lain, Marvel melalui ‘intipan’ peminat-peminat tegar produksi ini memberitahu bahawa Marvel semakin hampir untuk mengesahkan bahawa akan ada watak superhero baru selepas Captain Marvel. Malah lebih mengejutkan, watak superhero itu adalah berlatarbelakangkan seorang remaja perempuan yang beragama Islam!

Ms Marvel VS Captain Marvel

Untuk pengikut setia Marvel, rasanya anda sudah mengetahui bahawa watak tersebut adalah Kamala Khan atau lebih dikenali sebagai Ms Marvel yang merupakan seorang remaja kacukan Palestin Amerika. Pasti ramai yang tertanya mengapakah wujudnya watak Ms Marvel? Adakah Captain Marvel akan mati di dalam kemunculannya? Jika diikutkan pada jalan ceritanya, Captain Marvel sama sekali tidak akan mati! Ms Marvel muncul di peredaran waktu yang lain, dipercayai sekitar 2014.

BACA  Akhirnya! Pemegang Watak Filem Captain Marvel Didedahkan

Malah kuasa yang diperolehi juga berbeza dengan Captain Marvel kerana Ms Marvel berupaya untuk melentur, menjadi kecil mahupun besar dan mempunyai kebolehan untuk sembuh dari sebarang kecederaan. Ms Marvel mendapat nama kerana dia begitu kagum dengan kebolehan Captain Marvel yang menyebabkan dia telah dipilih oleh puak Kree sebagai kemunculan watak hero baru. Dan jika anda perasan selempang yang dipakai oleh Ms Marvel sebenarnya adalah pemberian Captain Marvel.

Malah dalam phase yang akan datang, peminat juga bakal menyaksikan rakan seperjuangan Captain Marvel dan Ms Marvel iaitu Nova. Nampaknya phase yang akan diumumkan oleh Marvel akan datang bakal menyaksikan banyak superhero baru. Tidak sabar bukan?

BACA  Video Parodi Aiman Dapat Pujian Pengarah Filem Avengers: Infinity War

Sumber : The Guardian 

like
1
love
haha
wow
sad
angry