Normal bagi setiap pasangan yang berkahwin, pasti mahukan cahaya mata untuk menambah seri keluarga. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, namun belum dikurniakan zuriat.

Menurut Sarimah, dia sudah bersedia untuk menjalani rawatan kesuburan, In Vitro Fertilization atau IVF dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Ujar pengacara berusia 40 tahun itu, hasrat tersebut mendapat sokongan dan dorongan penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza yang turut menggunakan kaedah sama untuk menimang cahaya mata.

“Saya dan Siti ada berbincang mengenai perkara ini, malah dia turut berkongsi maklumat mengenai kaedah rawatan IVF. Dia juga menasihatkan saya supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah.

“Cepat atau lambat Tuhan berikan rezeki, tetap ada hikmah disebaliknya. Dari segi kesihatan, saya dan suami tidak ada masalah. Harapan saya, doa kami untuk mendapatkan anak sempena kedatangan Ramadan ini akan dimakbulkan,” katanya dipetik BH Online.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahu memperlahankan rentak kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada rumah tangga dan diri sendiri.

“Sebelum ini, saya memang kuat bekerja. Kalau boleh semua benda saya mahu buat. Selepas usia mencecah usia 40-an ini, fokus saya adalah mahu mendapatkan zuriat.

“Disebabkan itu, saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sekurang-kurangnya saya ada masa untuk berehat dan bersama suami,” ujar Sarimah.

Sarimah berkahwin dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra disapa Tunku Jamie pada 2 April 2015.

BACA  Gempar! Katy Perry Pakai Tudung & Bikini Ketika Konsert

Hangat.com mendoakan agar Sarimah Ibrahim tabah dan cekal dengan segala dugaan dan cabaran dan semoga rawatan IVF berjalan dengan lancar, in shaa Allah. Aamiin!

Sumber : BH Online

Artikel Sebelumnya[GIVEAWAY] Barangan Eksklusif Solo: A Star Wars Story Untuk Dimenangi!
Artikel SeterusnyaHarith Iskander ‘Kencing’ Isteri Di Lapangan Terbang
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"