Barisan kabinet baru yang bakal memimpin Malaysia baru sahaja diumumkan semala. Sebelum pengumuman ini, ramai netizen yang teruja dan ingin mengetahui barisan kepimpinan negara dibawah kerajaan yang baru sahaja dibentuk ini.

Pelakon, pelawak serta pengacara Harith Iskander memuat naik video di dalam Instagram beliau dan video tersebut menunjukkan Harith mengenakan isterinya Dr Jezamine Lim mengenai barisan “kabinet” baru yang dikatakan telah diumumkan.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah reaksi Dr Jezamine yang sangat teruja untuk mengetahui barisan kabinet tersebut namun akhirnya tergelak bersar setelah dirinya telah tertipu mengenai kabinet tersebut adalah kabinet dari Ikea.

BACA  Gara-Gara Bertudung Di Kelantan, Nur Sajat Bakal Disaman?

Pasangan ini telah 8 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki 3 orang cahaya mata. Bergurau senda dan usik mengusik adalah perkara normal dalam perhubungan. Beruntung Dr Jezamine dapat suami yang suka buat lawak, Hangat.com pasti kehidupan Dr Jezamine mesti tak pernah stress dan bahagia disamping keluarga tersayang, awwwwww <3

Sumber : Instagram Harith Iskander