Ketika pelbagai spekulasi terus bermain di fikiran para netizen mengenai perceraian Nazim Othman dan isterinya, Bella Dally, pelakon kacak itu telah memuat naik dua keping gambar mereka berdua di Instagram nya.

Bergambar 6 Jam Sebelum Berpisah

Di dalam gambar tersebut, kelihatan kedua-duanya saling berpelukan mesra seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun begitu, apabila membaca kapsyen yang ditulis Nazim ternyata ianya meruntun hati kerana menurutnya gambar tersebut adalah gambar terakhir mereka sebagai suami isteri dan dimana mereka telah berbincang antara satu sama lain selama enam jam sebelum membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Netizen Sebak

Hangat.com difahamkan gambar itu telah diabadikan sebagai tanda kenangan sebelum Nazim pulang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk memfailkan perceraian. Namun begitu, kedua-duanya tidak menceritakan punca sebenar mereka berpisah dan lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Dalam perkembangan lain, netizen merasa sebak melihat gambar terakhir mereka dan ada juga yang mendoakan supaya pasangan ini rujuk semula.Akan tetapi hasil tinjauan kami, gambar tersebut sudahpun dipadam dari akaun Nazim. Apa pun, kami yakin kedua-duanya memerlukan ruang dan masa kerana perceraian bukanlah sesuatu yang diinginkan dalam setiap perkahwinan.