Sebelum ini kami pernah menulis sebuah artikel mengenai pengamal media sosial terkenal, Faiz Roslan selepas memuat naik sebuah video parodi lagu Lagi Syantik yang dikategorikan netizen sebagai melampau dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Bidas Kenyataan Dai’ Wan Dazrin

Malah kerana video tersebut, pendakwah Dai’ Wan Dazrin turut menegur Faiz dengan memohon agar dia memadam video tersebut memandangkan umat islam baru sahaja menyambut bulan Ramadan. Namun begitu, pengamal media sosial ini dan rakan-rakannya ย dikatakan bersifat kurang ajar pada pendakwah tersebut malah turut membidas kenyataannya dengan menganggap Dai’ Wan cuba menjatuhkan air muka.

Sharnaaaz Ahmad Beri Amaran

Menyedari akan sikapnya sebegitu, pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan telah ‘mengamuk’ di Twitter nya dan turut memberi amaran pada Faiz untuk tidak lagi mengulangi sikapnya itu.

BACA  Sampai Lumpuh! 6 Cara 'Gila' Artis Hollywood Zaman Dulu Lakukan Demi Jadi Cantik

Dalam perkembangan lain, Faiz menerusi Instagram nya juga telah memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video tersebut. Namun dalam kenyataannya itu, dia sempat memerli Sharnaaz dengan mempersoalkan haknya untuk mengugut dirinnya seperti sedemikian.

Selain Sharnaaz, selebriti seperti Uyaina Arshad dan Yatt Hamzah turut menegur sikap Faiz kerana videonya itu.

Apa pun, diharap Faiz mengambil iktibar atas kejadian tersebut kerana ini bukanlah kali pertama dia dikecam hebat.