Kreatif atau aneh? Mungkin itu satu persoalan baru di kalangan warga siber mengenai koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda. Mawar Abdul Karim, pemilik syarikat tudung Fareeda meraih perhatian netizen apabila kreativiti beliau mengeluarkan koleksi hijab terbaru dengan kolabrasi bersama DC Comics Super Heroes.

Menerusi akaun Instagramnya, Madam Rose, telah berkongsi 3 rekaan tudungnya itu yang terdiri daripada 3 Super Hero popular iaitu Superman, Batman danΒ Wonder Woman. Menurut Mawar, koleksi tudung rekaan unik ini boleh di dapati di Johor Bharu City Square bermula 17 Mei hingga 13 Jun 2018.

1DC Super Heroes Fareeda : Superman

2DC Super Heroes Fareeda : Batman

3DC Super Heroes Fareeda : Wonder Woman

Yang mana satu pilihan anda?

BACA  Sam Bunkface & Radhi OAG Sudah Lama Bercerai!

Ternyata, rata-rata komen yang diberikan netizen adalah positif, malah menurut majoriti netizen mereka kagum dengan kreativiti Mawar. Tidak ketinggalan yang menyampaikan hasrat mencubanya pada hari raya nanti.

Apa-apa pun, kami di Hangat.com akui fesyen Muslimah semakin di luar jangkaan dan rekaan tudung menjadi semakin pelik namun menjadi trend.