Pada sabtu yang lalu, ketika semua umat Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk berbuka puasa, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian bekas penyampai radio HotFM Terengganu dan Manis FM, Rafly Rahamat.

Sakit Sejak Sebulan Yang Lalu

Sebelum ini, Hangat.com pernah menyiarkan kisah mengenai Allahyarham Rafly yang menderita kesakitan sejak beberapa bulan yang lalu dipercayai akibat sakit misteri. Malah sebelum ini, dia yang berbadan tegap dan mempunyai raut wajah yang kacak mengejutkan ramai rakan dan peminat kerana gambar terkininya yang dimuatnaik di Instagram kelihatan begitu kurus sekali berbanding sebelumnya.

Status Terakhir Undang Hiba

Rafly yang berusia 32 tahun meninggal dunia pada jam 7.05 minit di rumahnya. 3 hari sebelum dia meninggal dunia, Allahyarham Rafly juga sempat memuat naik gambarnya terdahulu dengan kapsyen “nak macam ni balik”.

Rata-rata peminat meluahkan rasa sedih dan hiba apabila membaca luahan hati Rafly yang terakhir itu.

Rakan Seperjuangan Sedih

Pemergian Allahyarham Rafly turut dirasai rakan – rakan artis seperti Bienda,Nabila Razali, Hairul Azreen, Ria KoolFm dan ramai lagi. Menurut Bienda, pemergian sahabatnya itu cukup dirasai apatah lagi dia menyifatkan Rafly sebagai seorang yang ceria dan banyak memberi semangat padanya sebelum ini.

View this post on Instagram

Arwah Rafly Bukan Adik Kandung Sy,Tp Sy Dah Anggap Seperti Adik Kandung Sy Sendiri… Tp Syukur… Alhamdulillah… Setahun Cukup Waktu Utk Sy Kenal Dgn Arwah… Byk Merubah Kekurangan Diri Sy,Dari Yg X Blh Sabar Hingga 360 Boleh Sabar & Tersenyum Di Hadapannya… Walau Sy Dalam Masalah & Kesedihan… . Waktu Itu,Sy Menjadi Mangkuk Yg Mendengar Kisah2 Suka & Dukanya… Ada Yg Lucu,Sedih & Buat Kita Lebih Bersyukur Memiliki Apa Yg Kita Ada,Kasih Sayang & Keluarga… Banyak.. Terlalu Banyak… Apa Yg Sy Kesali… Seharusnya Sbg Kakak Sy Lebih Sabar & Memahami Arwah… 😭 Sy Selalu Katakan Pd Suami,I x Pernah Jumpa Org Macam Nie,Kdg2 Betul2 Menguji Kesabaran Sy.Bila Bekerja Kami Sgt Serius…Hampir Setahun Sy Berusaha Utk Memahaminya Utk Mendapatkan Chemistry Utk Bekerja…Sbb Tuela Sy Rs Arwah Ni Unik & Lain Dari Yg Lain… Tp X Sangka Pinjaman Ini Hanya Sementara 😭 . Kali Terakhir Di Hospital Masa Sy Nampak Arwah Terbaring Di Katil,Sy Menangis … Di Dpn Arwah Yg Satu Masa Sy Tgk Setiap Hari Bersama2 Ketawa,Gelak Sampai Sakit Perut & Gusi… Melihat Dia Menangis Di Depan Sy,Melihat Emosinya Yg Hari2 Bertukar2 😢Menasihatknnya,Membebel Padanya,Pernah Juga 2 Kali Marah Padanya 😭 Namun Melihat Arwah Terlantar… Hanya Mengukir Senyuman Pada Sy… Apa Yg Mampu Sy Katakan? Air Mata Yg Mampu Berkata2… Sambil Ketawa Juga Masa Tu Sy Ckp Pada Arwah “Tengoklah,Dulu Hari2 Jumpa Kita Merajuk,Bila X Jumpa Rindu… Bila Tgk Mu Sakit Aku Sedih Sgt Rafly…. 😭” Katanya… “Aku Teringat… Kita Sokmo Baloh,Dgn Nada Kesal… Sblm Sempat Awrah Sambung Ayat Utk Minta Maaf… Sy Ckp “Kau Xpernah Ada Salah Apa2 Pada Aku Skrg Sbb Aku Dah Maafkn Segalanya,Aku XPernah Ada Dendam Atau Benci Dgn Mu Raff… Smbg Arwah Rafly… “Aku Pun Sama”… 😭 Berat Hati Sbnrnya Nak Balik… Kepala Masih Menoleh2 Tgk Arwah … Sampai Di Rumah… Sy Terfikir… Kenapa Spontan Sy Bgtau Raff Yg Sy Maafkn Dia,Cr Kami Bercakap Seolah2 Kami Dapat Merasakan Mungkin Itulah Pertemuan Di Kali Terakhir… Walhal Hati Sy Masih Berharap & Berdoa Supaya Rafly Kuat & Terus Berjuang … Sbb Sy Tau Arwah Kuat Semangat… Sy Ckp Kat Arwah “Mu X Blh Putus Asa,Klu Apa2 Jadi Ko Mu Sape Nk Jago Family Mu … 😢 #AlFatihah

A post shared by FC IG : @BiendaLovers 💋 (@biendalavienda) on

Ketika ini masih tidak diketahui apakah punca sebenar Allahyarham Rafly meninggal dunia. Namun begitu, terdapat sumber yang mengatakan dia terkena perbuatan sihir daripada orang yang cuba menganayainya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah!

BACA  Nuget Ayam Dan Kentang Bersaiz Gogzilla? Biar Betul!