Jika nama seperti Hritik Roshan dan Tom Cruise sebelum ini telah dipilih sebagai wajah lelaki paling kacak di dunia, bagaimana pula dengan Asia? Adakah Fattah Amin, Jericho Rosales atau mana-mana selebriti tekaan anda?

Jin BTS Lelaki Paling Kacak Di Asia

Jawapannya adalah Jin So dari kumpulan BTS! Pasti anda tertanya apakah faktor yang menobatkan penyanyi itu diiktiraf sebagai lelaki paling kacak di Asia. Terdahulu, Koreaboo telah melaporkan seorang saintis dalam bidang pembedahan plastik telah membuat kajian terhadap wajah anggota kumpulan BTS itu selepas turut menganalisa terhadap 269 wajah lelaki Asia.

Dikira Menggunakan Kaedah Matematik

Bukanlah sekadar mengambil raut wajah yang kacak, namun doktor itu telah menyifatkan Jin mempunyai struktur wajah paling ideal bagi seorang lelaki selepas membuat pengiraan secara matematik terhadap mukanya. Dalam kajiannya itu, saintis itu memberitahu kedudukan dan simetri wajah Ji So sangat baik dari garisan rambut sehingga ke dagunya.

Malah kedudukan telinganya juga sangat tepat dan saiznya juga sama selain jarak di antara dagu dan bibirnya juga membuatkan wajah Jin antara terbaik dalam kalangan lelaki di Asia. Kami juga kagum dengan cara penilaian doktor ini! Agaknya siapakah lelaki paling kacak di Malaysia?