Nampaknya pelakon dan pengarah Sheila Rusly tak terkecuali menjadi mangsa kecaman  para netizen melalui Instagram miliknya.

Jika sebelum ini Sheila pernah dikecam kerana menjemput Izreen sebagai artis jemputan menerusi program Ketuk Ketuk Ramadan , namun kali ini ada netizen yang mengutuk drama arahannya.

Menerusi IG storiesnya, Sheila telah menunjukkan satu kenyataan netizen di ruangan komen di akaun Instagram kelab peminat Sheila. Kenyataan itu mengecam drama dari produksi Sheila iaitu Js Pictures Sdn Bhd yang sering menggunakan pelakon yang sama.

“Dah bosan tengok drama sekarang ni. Kalau Sheila Rusly produksi mesti kutu-kutu dia yang berlakon. Takde muka lain dah dalam drama dia ni, tak Aida Jebat, Janna Nick. Tak Janna Nick, Ayda Jebat- kata netizen tersebut.”

Haish, pening jugak nak hadam permintaan netizen ni. Apa sebenarnya yang netizen nak? Kami di Hangat.com pun tak faham lah.

Tapi, yang menariknya, Sheila ini bukanlah seorang yang jenis cepat melatah. Dalam perkongsiaannya ini, Sheila terus yakin dengan kualiti drama yang dihasilkan dan ini respon beliau.

“Awak ada masalah? Stesyen TV suka jer! Awak tak suka jangan tengok, tiada paksaan dik” ujarnya

Mana mana orang pun akan sentap kalau dapat komen sebegini. Itu lah yang terpaksa di rasai oleh Sheila apabila ada pihak mempersoalkan cara beliau berkarya menghasilkan drama-drama terbaru. Sabar ajelah Sis, budak-budak nak perhatian agaknya.