Ramai yang mengagumi kejayaan pemilik FashionValet, Datin Vivy Yusof. Pelbagai inspirasi dan nasihat telah dititipkan usahawan ini meskipun dalam masa yang sama telah dikaitkan dengan beberapa kontroversi.

Pembantu Peribadi Vivy Berhenti Kerja Kerana Tidak Diberi Cuti?

Namun begitu,terbaru di media sosial khususnya di Twitter, netizen sibuk memperkatakan mengenai pembantu peribadi (PA) kepada Vivy yang dikenali sebagai Iman Azman yang dikatakan telah berhenti kerja. Antara yang disebut mereka adalah punca Iman berhenti kerana telah keguguran sebelum ini gara-gara tidak diberikan cuti untuk berehat.

Bukan itu sahaja, terdapat juga dakwaan yang mengatakan kedua-dua mereka saling ‘unfollow’ di Instagram. Akan tetapi, Vivy menerusi ruangan komen selepas dihujani pertanyaan menjelaskan perkara yang sebenar terjadi sebelum ini.

Vivy Perjelas Hal Sebenar 

Menepis dakwaan bahawa kononnya syarikat tidak memberi cuti pada Iman, Vivy memberitahu dia telah meluluskan semua cuti yang telah dipohon termasuklah cuti untuk melancong ke luar negara. Tambahnya juga, pihak syarikat turut meminta dia untuk pulang berehat kerana memikirkan keadaannya ketika itu.

Mengenai spekulasi ‘unfollow’ itu kami sendiri tidak tahu akan kesahihahnnya dan jika benar sekalipun itu adalah masalah dan pandangan peribadi masing-masing bukan?

Gambar Instagram Vivy Yusof dan Iman Azman