Lagi mengenai Faiz Roslan! Jika sebelum ini Da’i Wan Dazrin dan Faiz telah pun bersemuka dan memohon maaf, namun kali ini timbul pula isu diantara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nam Ron. Terdahulu,Sharnaaz menerusi Twitter nya telah memberi amaran pada Faiz untuk tidak bersikap kurang ajar.

Nam Ron Sindir Sharnaaz Di Twitter

Terbaru, Nam Ron dikatakan telah menyindir Sharnaaz dengan berkata aktor itu tidak patut melenting dan memarahi tindakan selebriti media sosial itu kerana menganggap ianya berpunca daripada lakonan pelakon berkenaan suatu masa dahulu.

Tambahnya, watak lelaki lembut yang dibawakan Sharnaaz dalam drama popular, Suamiku Encik Sotong dilihat berjaya mempengaruhi Faiz untuk berperwatakan seperti seorang wanita ketika melakukan video parodi.

“Saya rasalah budak Faiz tu terpengaruh dengan watak lembut yang Sharnaaz pernah bawak dulu tu. Cerita apa dia tak tau”

Sharnaaz Patut Berbangga

Bagi Nam Ron dia menganggap Sharnaaz seperti terlalu keterlaluan kerana dilihat menegur secara keras tindakan Faiz bersama rakan -rakannya yang membuat parodi lagu Yang Syantik dengan berpakaian seperti wanita. Mengulas lebih lagi, pelakon filem Bunohan itu menganggap Sharnaaz sepatutnya berbangga dengan lakonannya sebagai lelaki lembut sebelum ini dilihat berjaya memikat hati penonton.

BACA  "Kau Manusia Anjing!" - Zarina Anjoulie Bengang Dengan Sikap Fathia Latiff?

Hasil tinjauan kami di akaun twitter Sharnaaz, masih tiada muatnaik terkini mengenai isu berkenaan. Barangkali mungkin semua boleh lupakan sahaja kisah ini kerana mereka yang sebenarnya terlibat sudah memohon maaf.