Filem sedang hangat di pawagam di seluruh Malaysia, Deadpool 2 nampaknya menjadi bualan netizen di media sosial. Jika anda perasan akan kelibat seorang pelakon dalam filem berkenaan iaitu Julian Dennison yang memegang watak sebagai Cable, seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai kuasa api seiras dengan Aeman Daneal, suspek utama kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah pada September 2017.

Julian Dennison Mirip Aeman Daneal

Hal ini telah dikongsikan oleh salah seorang peminat filem Deadpool iaitu Muhammad Nazmi di laman facebook. Sehingga artikel ini ditulis, post ini telah mendapat lebih 4 ribu perkongsian.

Konsep Kejahatan Yang Sama

Apa yang menjadi perbincangan di kalangan netizen adalah persamaan kedua-duanya individu ini. Realitinya kes kebakaran pusat tahfiz tersebut angkara budak-budak nakal yang masih dalam usia remaja.

Menerusi filem Deadpool 2 pula, ia mempunyai konsep yang sama iaitu Cable berniat jahat untuk membakar sebuah rumah anak yatim. Walaupun bagaimanapun, Ryan Reynolds yang memegang watak sebagai Wade Wislon telah menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Anda boleh lihat sendiri wajah kedua-dua mereka ini, bukan setakat wajah aje, gaya rambut pun sama. Mungkin pelanduk dua serupa ni!

Sumber FB Muhammad Nazmi