Baik sebelum atau selepas mendirikan rumah tangga, ada sahaja kecaman yang cuba dilemparkan netizen pada Fattah Amin dan Fazura. Meskipun begitu, ramai juga yang menganggap pasangan suami isteri ini adalah pasangan selebriti yang secocok dan romantik.

Empat Hari Sudah Tidak Berjumpa

Terbaru, terdapat sebuah video yang tular di media sosial. Hangat.com difahamkan pasangan yang dikenali peminat sebagai FattZura ini sudah empat hari tidak berjumpa barangkali kerana terikat dengan komitmen kerjaya masing-masing.

Terdahulu, juga terdapat sebuah video yang tular yang menyaksikan usikan Fattah kepada isterinya dengan mengungkap ‘masuk tandas pun dah rindu’. Rata=rata menganggap kemesraan pasangan ini begitu manis sekali.

BACA  5 Fakta Menarik Mengenai Bekas Penyampai Radio Hot FM Yang Ramai Tidak Tahu!

Terlalu Rindu Sampai Ghairah Berpelukan

Namun dalam video terkini itu, Fazura dilihat terlalu ‘ghairah’ berpelukan dan berciuman kerana terlalu rindu akan suaminya itu. Melihatkan pada video tersebut netizen menganggap baik Fazura mahupun Fattah tidak perlu terlalu menunjukkan kemesraan mereka di tempat awam meskipun sudah halal sebagai suami isteri.

Malah ada diantara mereka yang dikatakan sudah bosan melihat pasangan itu. Apa komen anda? Bagi kami lumrahlah sebagai pasangan yang baru berkahwin merasai perasaan sebegitu.