Berita perceraian antara Bella Dally dan Nazim Othman pada awal ramadhan baru-baru ini ternyata menggemparkan seluruh tanah air. Ramai yang tertanya apakah punca sebenar mereka berpisah sedangkan tiada spekulasi mengatakan hubungan mereka dalam masalah. Namun begitu kedua-duanya telah berpisah secara baik dan dikatakan sempat bergambar dan meluangkan masa 6 jam sebelum bercerai.

Abang Bongkar Perubahan Diri Bella Selepas Berpisah

Dalam perkembangan lain, abang kepada Bella Dally yang dikenali sebagai Affendy Ali telah berkongsi sesuatu di Instagram nya mengenai adik kesayangannya itu. Menurut Affendy, sejak berpisah dengan Nazim, Bella dikatakan lebih fokus terhadap kerjayanya malah turut menyibukkan diri dengan mencuba pelbagai bidang bagi mencari sumber pendapatannya sendiri. Malah Bella turut disifatkan seorang yang profesional kerana tidak menjadikan alasan perceraiannya itu sebagai pematah semangat dalam hidupnya.

View this post on Instagram

In the recent weeks, my sister had an Ariani Raya Show to put on, wrap up one of her longest production shoots for a TV drama, launch and debut her first business endeavour (selling cookies for Raya) and plan for a family raya vacay – all these sandwiched in between formalising her divorce. . Yet, she remained steadfast, resilient, poised and elegant along the way – like a swan paddling so hard to keep itself afloat. Not letting anyone or anything dull her sparkle. . To say the least, the dog days are over. Drama should only be produced for TV and toxicity should be left at bay. After all, a tiger cannot change his stripes. . Here’s to steering life forward with more grit, grace and grandeur, you little swan x

A post shared by πšŠπšπšπšŽπš—πšπš’ πšŠπš•πš’ (@affendyali) on

Netizen Anggap Affendy Tidak Perlu Masuk Campur

Namun begitu, menerusi ruangan komen Instagram Affendy, terdapat komen dari netizen yang menganggap Affendy tidak perlu masuk campur isu rumahtangga Bella. Menolak tanggapan tersebut, bagi Affendy dia berhak untuk masuk campur kerana dia sebagai abang lebih mengetahui apakah yang terjadi diantara mereka.

BACA  Janna Nick Dianggap Gedik Dengan Suami Elfira Loy?

Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Bella dan Nazim!