Mula mencari perhatian peminat menerusi nyanyian parodi lagu ‘Tak Tun Tuang’ yang pernah tular pada penghujung tahun lalu, penyanyi Andi Bernadee kini tampil dengan single khas terbaru sempena Ramadhan berjudul “Semalam Sahur Di Mana”.

Jika sebelum ini Andi mendendangkan lagu berentak balada menerusi single pertamanya ‘Tiada Lagi Maaf’, namun lagu ‘Semalam Sahur Di Mana’ pula menyaksikan Andi membawakan lagu berentak hip hop.

“Semalam Sahur Di Mana” merupakan percubaan Andi untuk mengangkat tema ibadah sahur sempena bulan Ramadhan yang sedang berlangsung.

“Selalunya masa menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan kita selalu fokus kepada waktu berpuasa, seperti nak makan apa atau nak berbuka kat mana. Tapi kali ini kami ingin tekankan tentang kepentingan waktu sahur pula, Agar waktu sahur tu sama meriah dengan waktu berbuka puasa.”

“Lagi pun lagu ini Catchy, sesuai untuk digunakan bahan usik kawan-kawan,”katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama media di Suka Sucre  Bistroanjuran Warner Music.

Lagu ini merupakan rakaman semula kepada lagu asal nyanyian dan ciptaan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo iaitu ‘Semalem Sahur Dimana’.

“Semalam Sahur Di Mana” dijangka bakal memeriahkan lagi suasana dan sambutan Ramadhan pada tahun ini. “Semalam Sahur Di Mana” boleh didapati di kesemua platform digital sepeti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 Mei 2018. Lagu ini dibawa khas dari Warner Music.