Datuk Aliff Syukri, jutawan kosmetik yang tidak perlu diperkenalkan lagi menjadi idola ramai sebagai usahawan berjaya dan sentiasa pentingkan keluarga. Aliff Syukri juga dikenali dengan sikapnya yang suka membantu orang yang tidak berkemampuan.

Sebelum ini ramai yang mengecam Aliff Syukri dilihat sering memuat naik gambar atau video bersama Nur Sajat, kini netizen makin bertambah bengang dan marah selepas melihat video yang dimuat naik oleh Aliff Syukri baru-baru ini.

Menerusi video tersebut pengasas D’herbs itu memanggil Safiey Illias yang kini kembali ke dunia ‘pondan’ dengan gelaran ‘kakak cantik’.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan mengatakan Aliff Syukri dilihat menyokong dan ‘menggalakkan’ lagi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender).

Jelas netizen lagi, Aliff sepatutnya memberi teguran kepada golongan tersebut dan bukannya menyokong mereka. Namun ada yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin Aliff sudah menegur mereka namun tidak berhasil.

BACA  Wow Klasik! Intip Rumah Bradley Cooper Yang Bernilai RM55 Juta di New York

Hangat.com berharap agar lebih baik kita bersangka baik di bulan mulia ini dan mendoakan agar golongan ini untuk kembali ke pangkal jalan.

Sumber : Instagram Aliff Syukri