Nama Syafiq Kyle antara yang mendominasi carta pelakon lelaki popular ketika ini. Namun begitu, disebalik kejayaannya itu terbit pula beberapa gosip panas termasuklah isu yang tular malam tadi mengenai rakaman sebuah perbualan video seorang lelaki yang dipercayai pelakon itu bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Mira.

Nama Dan Wajah Sama Seperti Syafiq Kyle

Jika sebelum ini Zul Ariffin dan Ryzal Jaafar menjadi mangsa, kini video yang dikatakan terlihat pelakon Nur itu menyaksikan dia dan wanita tersebut sedang asyik berbual perkara yang ‘mengghairahkan serta turut memperlihatkan Syafiq menunjukkan alat sulitnya pada wanita itu. Malah wajah dan nama lelaki itu juga dikatakan sama.

Hanya RM 20!

Sejak tersebar malam tadi beberapa sedutan rakaman video tersebut mulai tersebar dan lebih memalukan terdapat segelintir individu yang menjual video tersebut. Hangat.com difahamkan video penuh tersebut berdurasi hampir 7 hingga 12 minit dan jika ada yang ingin menonton video tersebut secara penuh, mereka perlu membayar dengan harga cuma RM20.

Hangat.com cuba menghubungi pihak Syafiq namun sehingga kini baik pelakon mahupun pihaknya masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut walaupun dihujani pelbagai persoalan dari netizen di media sosial. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada Syafiq!