Kisah perkahwinan Putera Raja, Putera Harry bersama mendapat liputan yang begitu meluas di seluruh dunia. Malah kisah perkahwinan merka juga dipuji ramai kerana Meghan terdahulu merupakan seorang pelakon dan perkahwinan itu juga menandakan bahawa dia tidak lagi bergelar pelakon.

Harga Mencecah 2 Juta!

Menerusi laporan Metro UK, gaun yang dipakai oleh Meghan itu merupakan rekaan rumah fesyen Givenchy.Nampak biasa? Tahukah anda sebenarnya gaun itu mencecah RM2 juta atau 387,000 Poundsterling! Dan menurut pakar fesyen itu hanyalah anggaran dan harga sebenar gaun Meghan belum lagi didedahkan.

Lebih Mahal Dari Gaun Kate Middleton

Dalam perkembangan lain,harga gaun Meghan dikatakan lebih mahal daripada gaun perkahwinan Kate Middleton meskipun terdahulu terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Meghan tidak akan memakai gaun lebih mahal dari Kate untuk menghormati bakal permaisuri itu.

Sebagai info, gaun perkahwinan Kate Middleton dikatakan bernilai 250,000 Poundsterling dan dibayar oleh kedua ibu bapa Duchess Of Cambridge itu. Apapun tahniah diucapkan!