Jika sebelum ini nama Intafamous, Faiz Roslan menjadi bualan netizen gara-gara kelakuannya bersama dua orang rakannya yang dikecam kerana memuat naik video kurang sopan dan tidak menghormati bulan Ramadan.

Namun baru-baru ini, lebih mengejutkan apabila  satu video live Faiz tersebar di media sosial di mana Faiz memberitahi kepada semua pengikutnya bahawa dirinya tidak berpuasa di bulan Ramadan ini.

Berikutan daripada hal itu, pelakon dan penyanyi, Azza Elite menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa kecewa dan marah dengan tindakan Faiz yang dianggap biadab tidak menghormati bulan Ramadan.

 

Tak Makan Saman

Dalam keterangannya menerusi Instagram, Azza menyifatkan Faiz seperti tak makan saman kerana masih melakukan kesalahan yang sama iaitu mencemarkan bulan Ramadan ini dengan mengaku tidak berpuasa.

BACA  Kini Kembali Semula! Faiz Roslan Bertahan Hanya 5 Hari

Penghinaan Ramadan

Menurut Azza, tindakan Faiz sebenarnya satu penghinaan terhadap bulan Ramadan dan video itu tidak sepatutnya di muatnaik ke media sosial sebagai tontonan semua.

Manusia Boleh Berubah

Tidak dapat dinafikan pengakuan Faiz itu  agak keterlaluan dan membuatkan ramai netizen bengang. Azza juga mengaku pada 22 tahun yang lalu , kehidupannya saya seperti tak tentu arah. Namun banyak kejadian yang buat dirinya berubah. Azza menambah, kehidupan masa lalu adalah pengajaran agar kita ubah diri kita supaya jadi yang lebih baik.

Sumber IG Azza Elite

 

Artikel Sebelumnya‘Tiada Lagi Kereta Tetamu Ditoreh’- Fazley Yaakob Naik Pelamin Semula
Artikel SeterusnyaKerana Lagu Raya Fattah Amin, Peminat Sanggup Datang Dari Brunei!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.