Pada hemat kami sebelum ini, isu berkenaan parodi menjadi seorang perempuan yang dibuat oleh pengamal media sosial, Faiz Roslan telah pun berakhir minggu yang lalu. Namun begitu, entah apa yang tidak kena seperti mencari publisiti menurut netizen, Faiz sekali lagi dikatakan mencetuskan kontroversi apabila memuat naik sebuah video yang memperlihatkannya mengaku bahawa dia tidak berpuasa dan menaikkan kemarahan rata-rata mereka yang menontonnya.

Hafiz Hamidun Sekali Lagi Tegur Faiz

Kerana perbuatannya itu, bukan sahaja mencetuskan kemarahan dikalangan netizen malah dikalangan artis turut berasa terkesan melihatkan video tersebut. Jika sebelum ini Azza Elite telah meluahkan rasa kecewanya di Instagram, pendakwah dan penyanyi, Hafiz Hamidun juga telah meluahkan sesuatu di Twitter nya.

BACA  Misteri Dilaila Kaut 4 Juta Kutipan Dalam 5 Hari Tayangan!

Menurut Hafiz, perbuatan Faiz itu bukan sahaja tidak mendapat keredhaan Allah malah dikalangan masyarakat sendiri juga tidak menyukainya. Sebagai fakta, ini bukanlah kali pertama Hafiz menegur Faiz kerana dia ย sebelum ini juga pernah menegurnya kerana perbuatan yang sama.

Parodi Menjadi Perempuan Harus Dihentikan Serta-Merta

Tambahnya juga, program dan video lain seperti Mak Jemah(Johan Raja Lawak), parodi yang dibuat oleh pengamal media sosial terkenal Faiz Dickie dan Ucop seharusnya diberhentikan serta-merta.

Menurutnya, parodi seumpama itu meskipun hanya sekadar hiburan ianya secara tidak langsung menyumbang kepada ‘galakan’ yang lain untuk membuat perkara yang sama. Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju program seumpama itu harus diberhentikan?

BACA  'Saya Ada Hubungi Syafiq Farhain'- Julia Bachok Jelaskan Hal Sebenar