Pada Isnin, 28 Mei yang lalu Hangat.com dengan kerjasama GSC Movies telah menganjurkan satu lagi tayangan perdana filem seram Thai berjudul Memoir. Dalam tayangan perdana ini turut disertai lebih dari 40 orang pembaca bertuah Hangat.com yang menjadi antara yang terawal menonton filem Memoir di GSC Paradigm Mall sebelum ditayangkan serentak di seluruh pawagam GSC pada 31 November.

Jalan Cerita Terlalu Perlahan!

Pada mulanya kami ingin memuji permulaan filem ini yang kononnya terus seram! Namun sangkaan itu meleset kerana ianya sekadar gimik filem dan diikuti jalan cerita keseluruhan filem yang boleh dikatakan agak terlalu perlahan.

Malah melemahkan lagi faktor seram filem ini adalah watak hantu atau jelmaan roh Yo, sahabat baik Daranee yang sebenarnya tidak tenteram kerana menaruh perasaan padanya. Jika fizikal dan rupa paras Yo disolek lebih menakutkan, kami yakin ianya dapat mengatasi kehambaran jalan ceritanya. Namun begitu, pada penghujung filem debaran masih terasa apabila Yo mula menunjukkan dirinya yang sebenar dan merungkai segala persoalan.

Punyai Unsur LGBT 

Satu lagi peringatan untuk anda adalah jika anda ingin membawa mereka yang berusia 18 tahun ke bawah adalah tidak digalakkan sama sekali. Bukan kerana seram, namun kerana terdapat unsur LGBT yang menunjukkan kisah percintaan dan aksi ranjang dua wanita di dalam filem ini.Meskipun ditapis, namun bibit pertemuan dan percintaan mereka masih lagi ditayangkan.

Sinopsis Memoir

Mengisahkan mengenai Daranee seorang wanita yang selalu terimpikan untuk hidup mewah. Pada suatu ketika, dia telah berjumpa dengan seseorang wanita yang mencadangkan agar dia menjual insurans untuk hidup serba mewah. Selepas menerima tawaran dan gigih menjual insurans tersebut, Daranee sedar bahawa ianya bukan satu pekerjaan yang mudah.

Namun begitu,dia teringatkan Yo, seorang rakan yang pernah rapat dengannya suatu ketika dahulu. Yo bersetuju untuk membeli insurans tersebut dengan syarat mereka hanya boleh berjumpa pada waktu malam sahaja. Perjumpaan semula ini bukan sahaja menggembirakan Daranee malah turut menyingkap kembali kisah hitam yang terjadi antara mereka berdua.

Artikel SebelumnyaRestoran Raj’s Banana Leaf Milik Datuk Lee Chong Wei?
Artikel SeterusnyaKehilangan Terjawab! Anita Sarawak Dilaporkan Menderita Sakit Kanser
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress