Sebelum ini Hangat.com pernah menyiarkan kisah dimana penyanyi Syura dilaporkan mengalami penyakit misteri tahun lalu dimana ketika itu dia mengadu mengalami kesukaran untuk bernyanyi, muntah berterusan dan sakit kepala.

Sudah Pulih Dari Penyakit Misteri

Namun begitu, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron dikatakan sudah pulih sepenuhnya dari penyakit misteri itu selepas rakannya yang juga penyanyi Bob Yusof membawanya menjalani rawatan tradisonal.

“Alhamdulillah selepas Bob bawa saya pergi berubat secara tradisional, tak ada perkara yang aneh berlaku. Cuma berat badan sahaja yang turun. Alhamduillah, saya pun tak alami benda ganjil atau mimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini,”

Kurus Bukan Kerana Penyakit Misteri

Ketika ramai yang bertanyakan penyanyi ini adakah kerana penyakit itu berat badannya turun daripada 60 kilogram ke 49 kilogram, Syura berkata ini adalah kerana dia mengikut cara diet yang betul dan bukanlah kerana ditimpa penyakit.

“Kalau ikutkan ini adalah berat badan 49 kilogram yang sesuai untuk saya. Masa saya dalam program Gegar Vaganza, berat badan saya dalam 60 kilogram. Saya tak letak sasaran pun. Tapi ada amalkan diet yang sihat. Bulan puasa ni pun saya makan tapi mengikut peringkat seperti disarankan doktor”

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai artis yang terkena penyakit misteri. Ada yang dikatakan sehingga jatuh sakit dan ada juga yang dikatakan sehingga meragut nyawa. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber : MStar Online