Nampaknya kekecohan yang melanda instafamous Faiz Roslan masih berterusan hingga saat ini dikalangan netizen mahupun selebriti tempatan. Seakan-akan tidak endah mengenai nasihat dan pengajaran yang diberikan, Faiz sekali lagi jadi bualan netizen kerana membuat pengakuan tidak berpuasa dan tak menunaikan solat lima waktu secara terbuka.

Pengakuan itu tersebut telah menerima pelbagai kritikan dan kecaman teruk daripada netizen yang menganggap sifat malu pada dirinya semakin hilang akibat mengejar populariti. Khabarnya akaun Instagram Faiz telah dinyahaktif atau dipadam oleh pihak Instagram. Betul ke?

Safiey Illias Tegur Netizen

Bimbang dengan kontroversi yang sedang menghantui remaja berusia 18 tahun itu, jutawan kosmetik Safiey Illias telah membuat satu entri di Instagramnya untuk mengulas isu ini.

BACA  [VIDEO] 'Tak Makan Saman Budak Ni!'- Azza Elite Serang Faiz Roslan

Safiey berkata, netizen seharusnya tidak menyulitkan lagi keadaan. Netizen disarankan menegur Faiz dengan cara yang lebih baik dan beri masa padanya untuk diri sendiri merasa serba salah atas apa yang dilakukan.

Bimbang Akan Bunuh Diri

Dengan kesedihan yang menyelubungi Faiz pada saat ini, Safiey berkata,  semua ini akan membawa kepada Depresi atau tekanan. Safiey akui dia sendiri pernah mengalami situasi ini. Rasa tersisih sampai tahap benci pada diri sehingga mahu bunuh diri.

Dijemput Oleh Mufti Wilayah

Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengajak Faiz dan rakan-rakannya hadir berjumpa dengannya.

Difahamkan beberapa pihak telah  meminta Pejabat Mufti mengenakan tindakan kepada Muhammad Faiz atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan, namun Dr. Zulkifli berkata sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA  [VIDEO] Faiz Roslan Menari Di Kelab Malam Undang Kontroversi!
Artikel SebelumnyaMakin Kurus! Berat Badan Syura Susut Kerana Penyakit Misteri?
Artikel SeterusnyaAkhirnya! Mufti Hantar Surat Terbuka Untuk Faiz Roslan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.