Ketika ini isu mengenai pengamal media sosial, Faiz Roslan hangat diperkatakan. Malah begitu ramai yang mengecamnya kerana pelbagai kontroversi telah timbul kerana perbuatan dan sikapnya sejak beberapa minggu yang lalu termasuklah mengenai pengakuannya pada umum yang dia dan rakan-rakannya tidak berpuasa dan menganggap ianya sebagai satu perbuatan yang sia-sia.

Mufti Hantar Surat Terbuka Untuk Faiz

Setelah banyak pihak merayu dan memohon mana-mana agensi termasuk Jabatan Agama Islam mengambil tindakan kepada Faiz, akhirnya sebentar tadi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menulis sepucuk surat secara terbuat buat pengamal media sosial itu.

Malah pada penghujung surat terbuka itu, Mufti berkenaan turut menjemput Faiz dan rakan-rakannya untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi membincangkan perkara-perkara yang berbangkit.

Artis Luah Rasa Tidak Puas Hati

Dalam perkembangan lain, sebelum ini kami pernah menyatakan terdapat beberapa selebriti yang turut mengecam perbuatan Faiz. Antaranya adalah Azza Elite, Hafiz Hamidun, Sharnaaz Ahmad, Syatilla Melvin dan Zulin Aziz.

Rata-ratanya menganggap perbuatan itu tidak seharusnya dibanggakan. Ini bukanlah kali pertama mahupun kedua Faiz diberi peluang. Diharap kali ini dia benar-benar insaf dan melakukan sesuatu yang lebih bermakna.