Restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar yang menjadi tular selepas tersebar satu video pekerjanya mencuci pinggan dengan lopak air diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Menurut laporan dari Sinar Harian, difahamkan restoran itu mempunyai ruang pembersihan yang terhad menyebabkan pekerja-pekerjanya terpaksa mencuci pinggan di luar premis.

Dimiliki oleh Datuk Lee Chong Wei?

Untuk pengetahuan semua, Restoran Raj’s Banana Leaf cawangan di Bangsar itu dimiliki oleh Syarikat Intercompass Sdn. Bhd. Boleh rujuk dalam pautan ini laman sesawang rasmi Halal.gov.my

BACA  Misteri! Pokok Durian Maya Karin Tiba-Tiba Terbakar

Apa yang mengejutkan, salah seorang Pengarah dalam syarikat ini adalah pemain badminton kesayangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Salah seorang Pengarah dalam syarikat ini adalah Datuk Lee Chong Wei.Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Seperti mana yang kami perolehi dari maklumat Restoran ini menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ternyata Chong Wei merupakan salah seorang dari tiga nama Pengarah di Intercompass Sdn. Bhd.

Nampaknya Chong Wei terbukti juga tidak kurang hebatnya dalam industri kulinari. Mungkin tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur. Nama syarikatnya ialah Chong Wei Binajaya dengan beliau sendiri memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif.

Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

BACA  GSC & Sony Pictures Jalin Kerjasama Tayangkan 5 Filem Ini!

Penafian Chong Wei

Dalam perkembangan terbaru, menerusi laman Facebook rasmi Raj’s Banana Leaf, mereka  menafikan Chong Wei adalah pemilik bersama restoran berkenaan seperti dilaporkan oleh Hangat.com sebelum ini.

Namun tidak dinafikan sememangnya Chong Wei pernah menjadi pengarah syarikat berkenaan namun meletak jawatan sebelum kejadian itu dan beliau tidak terlibat dalam apa jua operasi perniagaan di restoran terbabit.