Terdahulu, pelakon baru yang popular menerusi drama Mr Grey, Fendy Bakry dilaporkan jatuh sakit sejak beberapa bulan yang lalu. Namun begitu, pelakon yang berasal dari Perlis itu kini dilaporkan semakin pulih dan bakal membuat kenyataan berhubung penyakitnya itu tidak lama lagi.

Fendy Antara Sahabat Paling Rapat

Berita mengenai Fendy turut mendapat perhatian dari pelakon dan penyanyi, Fattah Amin yang juga merupakan rakan seangkatan Fendy Bakry menerusi pertandingan Hero Remaja 2012.

Menurut Fattah dia begitu terkejut dan merakamkan rasa simpati terhadap rakannya itu. Tambah Fattah kepada Hangat.com, Fendy juga merupakan antara rakan dari Hero Remaja yang paling rapat dengannya dan ketika Fendy jatuh sakit, Fattah turut sempat menanyakan khabar.

Sedia Bantu Fendy

Gambar terkini Fendy

Ketika ditanya sama ada Fattah mengetahui akan ura-ura rakan finalis Hero Remaja yang lain cuba mencari ikhtiar untuk mahu melancarkan tabung khas buat Fendy, pelakon My Coffee Prince itu belum mendengar mengenai cadangan tersebut namun sedia membantu sekiranya rakannya itu memerlukan sebarang bantuan.

“Setakat ini belum mendengar tentang hal mahu mengumpul dana untuk membantunya. Bagaimanapun, kalau ada sudah pasti saya tidak mahu lepaskan peluang untuk sama-sama membantu,”

Fattah ditemui Hangat.com ketika melancarkan single raya sulungnya, Syawal Kali Ini hasil ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan di SACC Mall, Shah Alam pada Selasa baru-baru ini.