Keakraban Janna Nick dengan keluarga Shiela Rusly bukanlah sesuatu yang baru tetapi baur-baru ini anak Sheila yang dikenali Uzair Haqimy telah memuat naik gambar di Instagram beliau dan menulis ucapan pada kapsyen gambar tersebut dengan kata-kata yang agak romantis buat Janna sempena hari jadinya serta nampak mereka berdua sungguh secocok.

Sebelum ini pernah juga kedengaran ura-ura mengatakan mereka bercinta tetapi dinafikan oleh Janna sendiri. Walaubagaimanapun ucapan romantis Uzair buat Janna dalam gambar tersebut seolah mengiyakan hubungan istimewa mereka.

Peminat-peminat juga seakan merestui hubungan istimewa mereka serta ramai memuji mereka nampak sangat serasi bersama.

Kalau betul pun mereka bercinta apa salahnya kan? Janna dengan Uzair pun sudah lama berkawan baik. Difahamkan keakraban Janna dengan keluarga Sheila hinggakan pelakon itu mempunyai bilik di kediaman Shiela dan sering bermalam di sana. Haaa, apa lagi Uzair, nanti tunggu lama-lama, diambil orang!