Bekas penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail telah memuatnaik statusnya di Instagram Stories apabila dia tidak besetuju dengan pendekatan dalam menyampaikan liputan luar yang ditunjukkan oleh seorang wartawan  Amirulhakim Lokman. Amirul telah melaporkan tinjauan orang ramai pulang ke kampung halaman dari Terminal Bersepadu Selatan untuk Buletin 1.30 pada Sabtu lalu.

Sebagai pembuka bicara, Amirul menyanyikan lagu Indahnya Beraya Di Desa nyanyian asal Azlina Aziz ketika sedang membuat liputan.

Dalam kenyataan Saiful itu, dia menyatakan rasa kurang senang dengan cara Amirul itu.

“Wartawan lokasi sekarang dah boleh include nyanyian dalam stand-upper. Tak tahu nak suka ke nak pelik”

Saiful menganggap sikap yang dibawa oleh Amirul seolah-olah tidak profesional dan seolah-olah merosakkan imej sebagai seorang wartawan.

BACA  Serena William Dikecam Dedahkan Nasib Captain America Dalam Avengers 4

Reaksi Amirul

Walaubagaimanapun, Amirul menjawab kenyataan Saiful dengan memuatnaik statusnya di Twitter dengan menegaskan bahawa dia menyanyi semasa membuat liputan kerana ia berkonsepkan santai dan bersesuaian dengan tema pulang beraya.

Amirul turut menyelar tindakan Saiful yang tidak menegurnya secara peribadi seolah-olah membuka aib.

Walaubagaimanapun, cara penyampaian Amirul mendapat reaksi positif dari netizen malah mereka akui terhibur dengan gaya santai ketika membuat laporan secara langsung.

Sumber IG Saiful Nizam & Twitter Amirul