Walaupun telah tiada, nama Julia Perez dan penyakit yang merenggut nyawanya masih begitu hangat diperbincangkan. Julia Perez telah meninggal dunia pada Mei tahun 2017 akibat Kanser Rahim yang sudah bertahun-tahun dideritanya.

Menerusi sebuah acara talk show yang dihoskan oleh Hotman Paris, keluarga Julia Perez bercakap mengenai penyebab dari Kanser Rahim. Adik artis seksi itu mengungkap, penyebab utama terbesar dari penyakit tersebut adalah kerana hubungan seksual.

“Menurut kata doktor, kanser Rahim itu 90 peratus disebabkan dari hubungan seksual” kata adik Julia Perez, Nia Anggia, di program acara itu.

Namun, hubungan seksual bukan satu-satunya penyebab,  kerana gaya hidup serta pola makan yang tidak sihat juga boleh mempengaruhi.

“Ya, mungkin juga dari makanan, termasuk gaya hidup. Makanan yang tak sihat, yang sering tak cukup tidur,” ucap Nia Anggia menjawab pertanyaan Hotman Paris mengenai punca lain timbulnya kanser rahim.

Julia Perez sendiri diketahui bernikah dengan Gaston Castano pada 2013 di Australia. Namun, tiga tahun kemudian mereka rasmi bercerai.

BACA  Menyesal! Pelakon Popular Menderita Kerana Veneer Gigi

Sumber Liputan6

Artikel SebelumnyaCampur Tangan Menteri? Boy Iman Bongkar Punca Dizalimi
Artikel SeterusnyaZulin Aziz Bakal Kahwini Pemuda Dari Jakarta?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.