Juara Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017 anjuran hurr.tv, Aqeesh Aleeya tampil dengan single pertama berunsurkan pop dance berjudul ‘Aku Malu’ yang dicipta oleh komposer DJ Fuzz dengan lirik oleh Hez Hazmi. 

Anak jati Selangor berusia 14 tahun yang bergelar Aqeesh atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom adalah juara bagi pertandingan bakat dalam talian anjuran hurr.tv iaitu Bakat Ohsem Malaysia (BOM) yang berlangsung pada 23 Disember 2017.

Melihat kepada bakat semulajadinya yang mampu menari, bermain gitar dan yakin di hadapan kamera serta minatnya kepada muzik balada, pop dan dance, keluarganya telah membuat keputusan untuk mengembangkan lagi pengetahuannya di bidang seni di Sekolah Seni Kuala Lumpur pada tahun 2017-2018.

Kini, setelah berada di bawah naungan hurr.tv, beliau sekarang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2.

Kerjasama dengan DJ Fuzz dan Hez Hazmi bermula sejak Februari 2018. DJ Fuzz seperti dikenali ramai adalah seorang komposer yang telah menyumbangkan karyanya bagi beberapa penyanyi terkenal antaranya Mizz Nina, Awi Rafael, Altimet, dan Saleem Iklim.

Aku Malu sebuah lagu menggambarkan situasi di mana seorang gadis/jejak yang jatuh cinta dalam diam kepada seseorang yang diminati namun tidak berani untuk meluahkan perasaan sebenar.

Majlis Pelancaran single Aqeesh Aleeya dan berbuka puasa hurr.tv turut mendapat tajaan oleh penaja termasuk muca, Smc Dentalworks, Innowhite Malaysia, Ombak Kitchen dan Tgv Cinemas.

Lagu Aku Malu boleh didapati di platform digital seperti iTunes, Spotify, dan Joox dalam masa terdekat. Ikuti Aqeesh di laman media sosial Instagram @aqeeshaaleeya dan facebook Aqeesh.aleeya