Terdahulu, ikon fesyen Wak Doyok teruk dikecam kerana dianggap lalang sejurus kemenangan parti Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14. Dipercayai, Wak sebelum ini merupakan penyokong parti pembangkang dan kononnya beralih setelah Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya kali ini.

Baju Melayu Tema Lompat Parti

Namun begitu, terbaru Wak sekali lagi dikecam netizen gara-gara memperagakan baju melayu koleksinya yang warnanya seperti Pakatan Harapan. Malah ada yang menganggap baju melayu Wak bertemakan ‘Lompat Parti’

100 Ribu Pasang Terjual!

Membalas dakwaan berkenaan, Wak menganggap netizen seperti belum ‘move on’ dan turut memberitahu meskipun dikecam baju melayu nya itu sudah terjual 100 ribu pasang. Walaupun begitu, Wak dilihat tetap membalas komen-komen berkenaan walaupun ianya berunsur kecaman.

Mungkin itu salah satu cara pemasarannya? Kita tidak tahu, apa pun koleksi baju melayu Wak kelihatan begitu elegan!