Sejak awal tahun ini, Britney Spears – princess of pop telah memberi teaser buat peminat-peminatnya yang muzik baru daripada beliau akan dikeluarkan pada tahun ini.

Britney sering kali dilihat memuat naik foto di Instagram dan akan menggunakan emoji buah epal, walaupun post tersebut tidak ada kena mengena dengan buah epal langsung!

Ini membuatkan Britney Army percaya semua ini adalah seperti hint yang menunjukkan Britney sedang di dalam proses mengeluarkan lagu baru, dan kemungkinan tajuknya berjudul Apple Pie.

Baru-baru ini Britney memuat nak foto terbaru di Instagram dengan kapsyen yang menguatkan lagi spekulasi album baru akan muncul bila-bila masa sahaja.

“It’s been way too long since I’ve seen these boys! Had an amazing time on set ??????”

https://www.instagram.com/p/Bjf3e3oFKfK/?utm_source=ig_embed

Album terakhir daripada penyanyi yang popular dengan lagu Toxic ini adalah pada tahun 2016, Glory. Dan rata-rata peminat mengatakan album tersebut adalah salah satu album terbaik dari Britney. Hangat.com tak sabar dan teruja untuk mendengar muzik baru pemenang anugerah Grammy ini kerana dikatakan ia akan menampilkan sesuatu yang berbeza kali ini, JOM KITA NANTIKAN!

Sumber : Instagram Britney Spears