Umum tahu akan Datuk Seri Vida (DSV) dan sikapnya yang begitu peramah dan periang. Malah baru-baru ini, ramai peminat usahawan kosmetik ini sanggup ‘turun padang’ bagi berjumpa sendiri dengan DSV di sebuah acara jualan terkemuka di ibu negara.

DSV Nyanyi Lagu Raya Bersama Cik B

Malah pada acara itu, DSV tidak keseorangan kerana dia turut ditemani anak gadisnya yang mesra disapa sebagai Cik B.Selain daripada menjual produknya dan beramah mesra, DSV dan Cik B turut membuat persembahan lagu raya berjudul Lavida Raya.

Dituduh Malukan Cik B

Namun begitu, dalam perkembangan lain netizen menganggap tindakan DSV membawa anaknya itu berada di atas pentas persembahan tersebut seperti sesuatu yang ‘tidak perlu’.

Malah ada yang mengecam DSV seolah-olah cuba memalukan imej anaknya sendiri di atas pentas itu. Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan Cik B hanya berdiri disebelah ibunya yang asyik menyanyikan lagu nya sendiri.

Apa pendapat anda? Mungkin tindakan tersebut bagi DSV untuk menangkis sifat malu anaknya itu. Positif ya!