Baru-baru ini tercetusnya perang dingin di media sosial melibatkan pelakon Aiman Hakim Ridza dan pengarah terkenal yang juga pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin. Semuanya kerana Aiman dikatakan telah membuat satu kenyataan di mana dia menganggap kebelakangan ini terdapat banyak skrip drama yang dihasilkan tidak berkualiti dan seperti ‘sampah’.

Malah, pelakon tinggi lampai ini juga membuat satu kenyataan berani dengan menganggap tidak kisah jika disenaraihitam kelak kerana kenyataannya itu.

Shahrulezad Senarai Hitam Aiman Kerana Bersikap Angkuh!

Kenyataan itu telah menarik perhatian Shahrulezad di Facebooknya dimana dia begitu kecewa dengan Aiman kerana angkuh mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Tambah pengarah terkenal itu, tidak semua skrip drama dianggap ‘sampah’ malah dia turut senaraikan beberapa nama penulis skrip yang berkaliber. Sejurus dengan kenyataan Aiman itu, Shahrulezad mengambil keputusan untuk senarai hitamkan namanya.

BACA  Kuat Sentap! Pengarah Dan Pelakon Menyampah Dengan Aliff Syukri

Aiman Hakim Ajak Shahrulezad Bersemuka

Tidak cukup dengan itu, Aiman memberi kenyataan balas di Insta story nya dengan mengajak pengarah itu bersemuka bagi membincangkan mengenai isu tersebut.Tambah Aiman, dia turut memberi contoh sebuah skrip yang dianggapnya sebagai ‘sampah’.

Kami di Hangat harap kedua-duanya dapat selesaikan isu tersebut dengan baik apatah lagi Aiman yang dilihat terlalu berani dan tidak kisah disenaraihitam kan namanya daripada sesebuah produksi.

like
love
haha
2
wow
sad
angry