Sebelum ini Aryan Khan pernah tular kerana kekacakan wajah yang dimilikinya. Kini giliran adiknya pula, Suhana Khan mengungguli carta trending Bollywood kerana imejnya yang feminis dan cantik! Namun populariti mereka bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan kerana tempias tersebut diperolehi daripada bapa mereka, Shah Rukh Khan.

Suhana Semakin Cantik

Anak gadis Raja Bollywood ini kian meniti di bibir peminat apatah lagi turut digelarkan sebagai Ratu Instagram dengan memperlihatkan gambar-gambarnya yang semakin matang dan bijak dalam menggayakan pelbagai fesyen.

Malah dia juga sering kali dilihat menemani ibu mahupun bapanya di pelbagai acara termasuk yang terkini menghadiri sebuah parti di London.

Mahu Menjadi Pelakon

Suhana yang kini berumur 18 tahun dikatakan sedang menamatkan pengajiannya di Ardingly College,Sussex.

Menurut sumber, Suhana mahu mengikut jejak langkah bapanya sebagai seorang pelakon. Namun begitu, menurut SRK, setiap anaknya harus menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum mahu mencapai impian mereka.

Sumber Hindustan Times