Jika bercakap pasal Elly Mazlein, sudah pasti salah satu isunya adalah mengenai nafkah anaknya yang dikatakan diabaikan oleh bekas suaminya yang juga pengarah, Azmi Hatta.

Sudah Berlanjutan Beberapa Bulan

Isu nafkah anak bukanlah perkara baru kerana sejaka beberapa bulan yang lalu isu ini sudah berpanjangan malah kami pernah menulis mengenai isu tersebut. Terbaru, penyanyi itu masih lagi menuntut hak anaknya di ruangan instagram nya.

Lebih Pentingkan Motor Daripada Anak

Menurut Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, bekas suaminya itu lebih mementingkan bayaran motor berbanding memberi nafkah anaknya. Tambahnya juga, memandangkan Syawal hampir menjelang tiba, nafkah anak seharusnya diutamakan kerana segala persiapan harus dibuat.

BACA  Jawapan Solat Meragukan? Fynn Jamal Ditegur Pendakwah

Namun kekecewaan jelas terpancar pada ibu tunggal ini kerana hampir setiap bulan perkara yang sama terjadi dan bekas suaminya itu juga telah menghadkan akses (block) Elly daripada mengikutinya di Instagram.

Kasihan juga kami dengan Elly kerana isu ini sudah berlanjutan untuk sekian lama apatah lagi hendak membuat persiapan raya. Apa pun kami mendoakan hubungan mereka kembali pulih mengenangkan anak-anak mereka seperti yang dilakukan Fasha Sandha dan Nora Danish