Rezeki buat pelawak popular, Zizan Razak yang mendapat tawaran untuk tinggal menetap di Indonesia oleh aktor paling kaya di Indonesia.

Menurut laporan dari Harian Metro, Zizan Razak ditawar oleh rakannya yang juga pelakon dan penerbit dari Indonesia, Raffi Ahmad untuk menetap di negara jiran itu bagi melebarkan kerjaya seninya.

Zizan berkata, tawaran itu dibuat selepas dia bekerjasama dengan Raffi menerusi filem komedi Peluang Ke Duda sebelum ini.

“Selepas bekerjasama dengannya dalam filem Peluang Ke Duda, dia nampak kemampuan dan sejauh mana saya mampu pergi dalam industri perfileman mereka. Kerana itu, dia menawarkan saya untuk menetap di Jakarta kerana ada beberapa perancangan yang dia susun untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.

Zizan berkata, dia tidak mahu terlalu tamak kerana bimbang tak mampu beri komitmen penuh. Apa-apa pun dia menganggap itu adalah rezekinya.

Raffi Artis Terkaya di Indonesia

View this post on Instagram

Kangen motoran 😎

A post shared by Raffiahmad Nagitaslavina1717 (@raffinagita1717) on

Raffi merupakan antara aktor terkaya di Indonesia kerana koleksi Motorsikal dan kereta mewahnya, sebut saja Motor yang paling mahal yang dimilikinya saat ini adalah Victory Vision Tour Can Am Spyder dengan harga Jutaan ringgit, dan kereta Koenigsegg yang harganya sampai RM4 Juta.

Selain menjadi artis, pendapatan Raffi adalah Franchise berbagai perniagaan yang dikelola olehnya, dari mulai produk kecantikan hinggalah Automotif.

Sumber Harian Metro

Artikel Sebelumnya‘Duit Persiapan Raya Anak Mana?’- Elly Mazlein Serang Bekas Suami
Artikel SeterusnyaPolis Serbu Rumah Fatin Afeefa Atas Dakwaan Berkhalwat?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.