Nampaknya kisah mengenai Fatin Afeefa terus hangat diperkatakan. Terdahulu terdapat seorang wanita yang terus ‘memburu’ pelakon ini apabila dia mendakwa selebriti ini sedang bermain cinta dengan suaminya. Sejak itu, segala tindak tanduk Fatin terus dibongkarkannya di Twitter.

Dakwa Fatin Sedang Berdua-duaan Di Sebuah Rumah

Terbaru, juga di Twitter nya, wanita ini sekali lagi mendakwa Fatin sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita tersebut di dalam sebuah apartment di Shah Alam. Walau bagaimanapun, hasil tinjauan kami mendapati tweet kenyataan tersebut telah pun dipadam.

Diserbu Polis?

 

Juga menerusi  platform yang sama, wanita ini memberitahu pihak polis sudah pun berada di kawasan rumah tersebut serta turut mengambil keterangan dari Fatin. Dalam perkembangan lain, Fatin turut mengaku bahawa rumahnya telah diperiksa oleh pihak polis atas dakwaan kononnya terdapat individu lain dalam rumahnya namun hasil pemeriksaan mendapati tiada siapa di rumahnya seperti yang didakwa.

BACA  [7 GAMBAR] Adam Shahz Tunjuk Bukti Isteri Curang, Main Sihir

Tambah Fatin, dia akan membuat laporan polis atas dakwaan mengeledah rumahnya tanpa sebarang waran.

Artikel SebelumnyaAktor Terkaya Di Indonesia Tawar Zizan Razak Menetap di Jakarta
Artikel Seterusnya‘Memang Kena Riak Ke?’- Betty Rahmad Sindir Usahawan di Malaysia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress