Shailene Woodley antara pelakon wanita terbaik Hollywood yang sememangnya layak memenangi pelbagai anugerah. Lakonannya cukup menjadi dan boleh dikatakan hampir setiap filem pasti meninggalkan impaknya. Masih kami ingat dengan filemnya terdahulu seperti Divergent dan Fall in Our Stars yang menaikkan namanya.

Kisah Benar Yang Menyayat Hati

Kali ini, Shailene tampil menerusi filem Adrift yang diambil berdasarkan kisah benar. Meskipun hanya menampilkan beberapa orang pelakon namun penjiwaan setiap watak dalam filem ini merupakan kekuatan utamanya. Malah filem yang penuh dengan pengajaran ini begitu mendebarkan dan pada pengakhirannya juga merupakan sesuatu yang diluar jangkaan penonton. Nasihat kami, sila bawa tisu bersama kerana anda pasti menitiskan air mata selepas menonton Adrift.

Sinopsis Adrift

Mengisahkan mengenai perjalanan sepasang kekasih, Tami Oldham dan Richard Sharp (Sam Claflin) yang belayar menaiki kapal layar mereka ke sebuah destinasi. Namun begitu ketika di laut, ribut sedang melanda dan kapal mereka turut terkesan sehingga menyebabkan kedua-dua mereka cedera parah.

Sejak itu, mereka tersadai dalam kapal mereka selama lebih dari sebulan dan Tami pula sedang berusaha menyelamatkan diri mereka untuk mencari kawasan penempatan berhampiran memandangkan Richard tidak berupaya untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal kesan daripada pukulan ribut tersebut

REVIEW OVERVIEW
Mesti Tonton
Artikel SebelumnyaTakziah! Datuk Kenny Chan Meninggal Dunia
Artikel SeterusnyaFaye Kusairi Bidas Tuduhan Hidup Mewah Oleh Elly Mazlein
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress