Menerusi entri di Instagram (IG), isteri kepada penyanyi Rock Lagenda Amy SearchNorhasniza Hassan telah berkongsi satu gambar dengan kata-kata doa buat tatapan pengikutnya.

Namun agak mengejutkan apabila entri itu telah dihujani kata-kata kesat kepadanya dari netizen berikutan luahan pelakon Nabila Huda tentang sisi gelap ibu tirinya dan punca mengapa hubungan dia dan bapanya bermasalah hingga hari ini.

Walaupun Nabila tidak menyebut mana-mana nama dalam luahannya, namun dalam diam-diam, netizen menyerang Instagram milik Norhasniza sebentar tadi. Menurut tinjauan kami di ruangan komen, Norhasniza yang kini sedang berbadan dua berdepan dengan komen-komen  buruk yang dilemparkan terhadapnya namun dia tidak memberi apa-apa reaksi.

BACA  Suntik Filler? 9 Artis Malaysia Ini Miliki Bibir Mungil

 

Amy dan Norhasniza yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Sehingga kini, Nabila dan ibu tiri yang dimaksudkan masih tidak memberi apa-apa  kenyataan rasmi. Siapakah ibu tiri itu masih tidak dapat dipastikan kerana Amy sendiri sudah berkahwin selama empat kali di mana ketiga-tiga perkahwinannya terdahulu berakhir dengan perceraian.

Artikel SebelumnyaKerana Buli Siber, Netizen Hilang ‘Respect’ Pada Caprice
Artikel SeterusnyaTakziah! Datuk Kenny Chan Meninggal Dunia
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.