Masihkah anda ingat dengan figura ini yang sering kali berlakon membawa watak Baba dan Nyonya? Beliau yang dimaksudkan adalah Datuk Kenny Chan yang pernah membintangi sitkom Baba Nyonya dimana rancangan komedi itu telah dinobatkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai drama yang paling lama bersiaran di Malaysia. Rancangan ini telah mula bersiaran pada lewat 1980 sehingga 2000 dan mempunyai sebanyak 509 episod secara keseluruhannnya.

Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Namun begitu, itu semua hanyalah tinggal kenangan kerana pelakon yang berusia 68 tahun ini dilaporkan telah meninggal dunia semalam di sebuah hospital di Melaka. Mendiang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan mula dimasukkan ke hospital sejak Isnin Lalu.

Turut Miliki Sebuah Restoran

Untuk anda yang tidak tahu, mendiang turut membuka sebuah restoran di Melaka yang dikenali sebagai Big Nyonya. Segalanya bermula apabila dia begitu meminati masakan peranakan dan membuat keputusan untuk membuka restoran itu. Mendiang Kenny meninggalkan isteri serta tiga orang cahaya mata.

Sumber Star2.com

0
like
0
love
0
haha
0
wow
2
sad
0
angry