Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein telah memuat naik status di Instagram nya diman dia mendakwa nafkah anaknya belum dijelaskan oleh bekas suaminya, Azmi Hata. Menurut Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, Azmi lebih mementingkan bayaran motorsikal berkuasa tinggi yang dimilikinya berbanding daripada memberi nafkah anak mereka.

Faye Mula Bersuara

Pelbagai kecaman dan tuduhan mula membayangi Azmi dan isterinya yang juga pelakon Faye Kusairi. Enggan mendiamkan diri, Faye menafikan dakwaan tersebut bahawa mereka hidup dalam serba mewah.

“Terima kasih atas segala teguran mahupun yg mencaci, memaki dan menghina. Terima kasih juga bagi yg mengatakan saya dan suami hidup mewah. Saya ambil kata kata itu sebagai satu doa. InshaAllah, Aamiin.

Kalau sudah hidup mewah nanti, InshaAllah lagi mudahlah urusan suami nak bayar segala segala apa yang patut tanpa sekatan. Anak anak Kak Yanti dan Elly semua dapat secara adilnya.. ini cerita kalau dah mewah lah. Tapi kalau dah ada yg mendoakan, Alhamdulillah. Bolehlah kita meng – aamiin – kan agar dipermudahkan dan lancar rezeki suami saya demi anak anak masing masing. Kalau dok hentam kiri kanan atas bawah, macamanalah org tu nak dpt job… nak dpt duit nk bayar itu ini… logik lah kan? Jadi, harap paham paham sendiri je lah ye”

Perli Elly Mazlein

Tambah Faye, dia turut mengungkit semula persoalan daripada Elly dengan mendakwa sejauh manakah kebenaran bahawa dia dan suami kini hidup dalam serba kemewahan.

BACA  'Mahkamah Tolak Permohonan Azmi Untuk Penjara Kak Lina'- Elly Mazlein

Meskipun telah menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai dakwaan itu, namun netize masih lagi mempersoalkan mengapa Azmi enggan dan lewat membayar nafkah anaknya, hasil perkahwinan terdahulu bersama Elly.

like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous article[REVIEW] Adrift Filem Kisah Benar Wajib Ditonton Tahun Ini!
Next articleNourul Kongsi Pengalaman Nyaris Maut Ditimpa Pintu Besar!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress