Sebelum ini pada Februari yang lalu, Hangat.com pernah menyiarkan kisah dimana hubungan pasangan popular dunia David Beckham dan isterinya, Victoria berada di hujung tanduk selepas terdapat dakwaan mereka tidak lagi duduk sebumbung

Bakal Bercerai Dalam Masa Terdekat?

Kini, timbul lagi dakwaan daripada media antarabangsa apabila pasangan ini dikatakan bakal bercerai dalam masa yang terdekat. Namun begitu, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi berhubung khabar angin berkenaan daripada kedua-dua belah pihak berkenaan. Akan tetapi, wakilnya sebelum ini telah memberitahu bahawa tiada isu yang perlu diperkatakan mengenai hal tersebut, kerana ia tidak benar.

“Tidak ada pernyataan tentang perceraian. Ini hanyalah berita media sosial palsu. Semua ini sangat aneh dan memalukan di saat mereka masih bersama,”

Hubungan Masih Mesra

Malah, jika dilihat, pasangan ini masih lagi seperti biasa memuat naik gambar bersama menerusi laman Instagram masing-masing. Apatah lagi baru-baru ini mereka telah menghadiri pertunjukkan fesyen Kent & Curwen Spring/Summer 2019 di London walaupun tiba di majlis berkenaan secara berasingan.Ini bukanlah kali pertama gosip mengenai keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti ini diperkatakan. Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja yang ‘memerhati’!

BACA  Insta Story David Beckham Diambil Alih Oleh Gadis Indonesia. Ini Hasilnya!

Sumber : Daily Star UK 

like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articleKain Terbelah Nampak Betis? Peminat Pertahankan Fesyen Neelofa
Next articleWow! Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Hangat Bercinta?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress