Keserasian Faizal Ismail (FBI) bersama Fara Fauzana atau lebih mesra dipanggil Fafau dapat dihidu menerusi rancangan pagi Hot FM iaitu Hot FM AM Krew. Gandingan serasi mereka telah memberikan impak hebat di mana rancangan Hot FM AM Krew mencapai rating 3.8 juta pendengar purata mingguan sekali gus menjadikan rancangan ini sebagai rancangan terbaik radio.

Tak Boleh Berpisah

Mereka berdua seolah-olah tidak boleh dipisahkan walaupun masing sudah membawa haluan masing-masing selepas mengambil keputusan berhenti menjadi penyampai radio. Kini mereka bergandingan bersama semula dalam radio sendiri iaitu FBI Live. Agak-agak apa persamaan mereka berdua sehinggakan apabila mereka bersatu dalam satu program mesti ‘pecah!’. 

1Bermula Kerjaya Dari Stesen Radio Yang Sama

Kredit Foto: Facebook FBI LIve

FBI dan Fafau sebenarnya bermula di Radio yang sama. Fafau menjadi penyampai radio Era FM pada tahun 2004-2005 manakala Faizal lebih awal menjadi penyampai radio Era iaitu dari 1998 hingga 2003. Kemudian mereka berdua bergandingan menjadi penyampai radio di Hot FM. Di sinilah tercetusnya keserasian mereka berdua.

2Penyampai Radio & Pengacara Paling Popular

Kredit Foto: Facebook FBI LIve

Kedua-dua mereka pernah mendominasi banyak anugerah. Fafau pernah merangkul anugerah Pengacara TV Wanita Popular ABPBH dari tahun 2005-2012 dan Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2014 dengan memenangi setiap tahun. Manakala FBI pula pernah enam kali merangkul trofi Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

BACA  Dibubarkan! Ini Adalah Program Baru Menggantikan FBI Live

3Bakat Dalam Lakonan

Selain hebat dalam bidang pengacaraan, kedua-dua mereka memang mempunyai bakat dalam lakonan. FBI pernah membuat kemunculan filem pertama menerusi filem Mamak Cupcake lakonan Shaheizy Sam. Sama seperti Fafau, dia pernah muncul dalam beberapa filem seperti Filem SH3 (2004), Jin Notti (2009), Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Suami! (2010), Cinta Kura Kura (2012), Pontianak vs Orang Minyak (2012), Girlfriend Kontrak (2015) dan terbaru BoBoiBoy: The Movie (2016).

4Misi Kemanusiaan

Kredit Foto: Facebook FBI LIve
Kredit Foto: Facebook FBI LIve

Fafau dan FBI pernah bersama-sama menyertai program misi kemanusiaan yang dianjurkan Islamic Relief Malaysia (IRM) ke Malawi, Afrika pada bulan April yang lalu. Mereka berdua bersama 11 selebriti lain akan membantu meraih dana kemanusiaan sebanyak RM2.4 juta menerusi program tersebut.

5Sering Jadi Hos Anugerah Juara Lagu di TV3

Wajah mereka berdua sering menghiasi Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai pengacara. Fafau pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara di AJL ke 30 bersama AG dan AJL ke 31 bersama Fizie Hot FM , Awal Asyaari dan Sarimah Ibrahim. Manakala Faizal menjadi pengacara AJL ke-22 hingga ke-27.

Iftar Bersama FBI & Fafau

Kredit Foto: Facebook FBI LIve

Ternyata kini FBI dan Fafau sedang sibuk mengendalikan radio sendiri iaitu FBI Live menerusi medium laman sosial Facebook yang sudah mencecah lebih 1.7 juta pengikut.

BACA  Siti Nurhaliza Mengaku Pernah Belasah Orang. Ini Puncanya!

Kami di Hangat.com berpeluang melihat sendiri studio FBI Live ketika Majlis Berbuka Puasa bersama FBI & Fafau di Isnin lalu. Majlis yang diadakan secara santai ini boleh ditonton secara live di Facebook Faizal Ismail FBI.

Penyanyi Duet popular Ernie Zakri dan Syamel juga bersama memeriahkan buka puasa ini.

Fafau yang yang baru sahaja pulang dari Jordan berkata konsep berbuka secara sederhana ini mengimbau kembali kenangannya di sana.

“Bersederhana!. Buka Puasa Bersama Faizal & Fara di #kontirumah @fbi.live. Since baru balik dr Turkey & Jordan, kami decided to makan bersila dan makan simple tapi meriah macam mereka di sana”

Fafau merupakan Duta Misi Ramadan Al Habeeb 6.0 anjuran Malaysian Life Line For Syria melawat beberapa kem pelarian yang terletak di kawasan itu sejak 3 Jun yang lalu.

Konsep Lebih Santai Di FBI Live 

Radio yang berkonsep santai itu pada mulanya dilakukan hanya di rumah Faizal, namun kini sudah berpindah di sebuah konti di Taman Tun Dr Ismail bersiaran pada setiap Isnin dan Rabu pukul 9 malam. Selain itu, selebriti dipanggil untuk menjadi tetamu undangan dalam membincangan sesuatu topik terkini secara santai.

FBI Live mendapat kepercayaan daripada beberapa pihak untuk mengiklankan produk mereka antaranya dari pengeluar  minuman kultur probiotik terkemuka dunia, Yakult dan banyak lagi.

Artikel SebelumnyaNourul Kongsi Pengalaman Nyaris Maut Ditimpa Pintu Besar!
Artikel SeterusnyaKain Terbelah Nampak Betis? Peminat Pertahankan Fesyen Neelofa
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.