Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Nick Jonas hangat dikaitkan dengan kisah percintaan sejenis yang turut melibatkan Shawn Mendes. Kedua-duanya dikatakan bercinta selepas terdapat khabar angin dimana gambar hubungan intim mereka tersebar.

Bercinta Dengan Priyanka Chopra?

Jika anda masih memikirkan mengenai khabar angin tersebut, mungkin anda patut melupakannya kerana Nick kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon Bollywood terkenal, Priyanka Chopra. Kedua-duanya dilihat intim sewaktu menyaksikan konsert Beauty And The Beast di Hollywood Bowl, baru-baru ini.

“Mereka baru saja menjalin hubungan. Kedua-duanya dilihat sepadan walau jarak usia yang jauh. Mereka saling tertarik.

“Priyanka dan Nick tidak langsung menyembunyikan keintiman. Mereka berbual mesra sambil ketawa, menggambarkan kebahagiaan,”

Nick Perkenalkan Priyanka Pada Ahli Keluarga

Meskipun jarak usia mereka berbeza 10 tahun, kedua-duanya kelihatan begitu mesra dan serasi. Menguatkan lagi kisah hubungan mereka adalah apabila Nick menjemput dan memperkenalkan Priyanka pada ahli keluarganya di sebuah majlis perkahwinan sepupu Nick.

BACA  Oopss! 5 Selebriti Ini Dituduh Sebagai Gay

Tidak dinafikan nama Priyanka begitu dikenali ramai sekarang. Bukan sahaja dalam dunia Bollywood, malah Hollywood juga seolah-olah meraikan ‘kedatangan’ pelakon ini!

Sumber :Justjared.com

Artikel SebelumnyaDavid Beckham Dan Victoria Sudah Berpisah? Ini Penjelasan Mereka
Artikel SeterusnyaBadan Penuh Tatu Bukan Penghalang Miller Khan Mengaji Al-quran
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress