Semenjak pengacara dan usahawan muda, Neelofa gemar mencuba fesyen terbaru, makin ramai netizen ‘mengambil berat’ mengenai kehidupan peribadi dan penampilan fesyen yang digayakan artis ini.

Terbaru, Neelofa dikecam teruk oleh seorang netizen apabila sebuah video telah dimuat naik ketika dia mengacarakan program MeleTop di Astro malam tadi.

Salah seorang netizen tidak bersetuju Neelofa dengan cara pemakaian Neelofa di mana Neelofa mengenakan sepasang dres dengan kain terbelah di tepi sehingga menampakkan betis.

BACA  Seperti Kain Langsir! Koleksi Skaf Terbaru Neelofa Jadi Usikan Netizen

Namun rata-rata netizen di kalangan peminatnya berfikiran positif dengan mempertahankan cara pemakaian Neelofa yang sebenarnya tidak salah. Mungkin netizen tidak perasan, sebenarnya Neelofa mengenakan seluar ketat warna kulit.

Walaubagaimanapun, fesyen yang digayakan masih lagi sopan dan muslimah. Tapi setiap orang mata lain-lain kan dan berhak buat penilaian sendiri. Kami berharap ‘Haters’ jangan asyik nak kecam Neelofa je! dapat apa pun? Baik buat benda yang lagi bermanfaat dari jadi part time keyboard warriors!

 

Artikel SebelumnyaKini Di FBI Live! 5 Bukti Faizal Ismail & Fara Fauzana Tak Boleh Berpisah
Artikel SeterusnyaDavid Beckham Dan Victoria Sudah Berpisah? Ini Penjelasan Mereka
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.